KOMITMEN HALAL 100% TANPA KOMPROMI

EPiC Fit Meals Co. adalah restoran servis penghantaran makanan yang diiktiraf halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Kami mematuhi piawaian dan peraturan Halal yang ditetapkan oleh JAKIM tanpa kompromi. Penghidangan makanan halal merupakan keutamaan kami dan langkah tegas dan ketat diambil untuk memastikan semua produk yang diproses dan dikeluarkan mengikut undang-undang Syariah.

Kami memahami bahawa Halal bukan sahaja merangkumi aspek agama malah memenuhi tahap kualiti dan kebersihan yang ketat. Oleh itu, EPiC Fit Meals Co. komited dalam memastikan dan menyediakan produk Halal berkualiti tinggi daripada sumber ladang sehinggalah ke hidangan makanan dengan memberi perhatian khusus dan terperinci ke atas setiap perkara yang disebutkan.



PEMBEKAL YANG DIYAKINI

EPiC Fit Meals Co. hanya berurusan dengan pembekal makanan yang diiktiraf halal berdasarkan syarat ketat Halal.

Kami mengambil bahan-bahan tempatan dari pembekal yang bukan sahaja diaudit secara menyeluruh oleh pihak penguatkuasa yang diiktiraf tetapi telah juga disahkan Halal oleh JAKIM.

Proses ketat yang sama juga dikenakan ke atas pembekal luar negara kami. Mereka melalui proses pengiktirafan oleh badan-badan penguatkuasa Halal di luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM bagi memastikan produk makanan kami di Malaysia memenuhi syarat-syarat Halal yang ditetapkan.



KAWALAN DALAMAN YANG MENYELURUH

Selain memperoleh pensijilan Halal bagi setiap premis yang beroperasi, kami mengambil langkah kawalan dalaman yang menyeluruh dan ketat terhadap pembekal bahan mentah, pemprosesan, penyimpanan, pengedaran, pengakutan serta segala peralatan untuk mengesyorkan bahawa semua produk kami menepati keperluan Halal.

Kami mengutamakan langkah-langkah untuk menghalang pencemaran najis dan bahan tercemar yang merbahaya. Selain itu, kami mematuhi kehendak industri dengan mengekalkan piawai tertinggi dari segi kualiti dan kebersihan dalam pemprosesan dan pengendalian makanan.

Kesemua krew dilatih untuk memastikan tahap keselamatan makanan dan langkah mengekalkan kualiti dipatuhi. .

KAWALAN LUARAN YANG DIIKTIRAF

Kami telah melalui pemeriksaan JAKIM terhadap dapur pusat, restoran, bahan-bahan serta proses keseluruhan sebelum dibenarkan untuk menggunakan logo Halal.

Kami juga komited dalam mengekalkan kualiti dan kebersihan yang tinggi melalui kerjasama dengan JAKIM ketika permeriksaan bagi memastikan keselamatan pekerja dan kebersihan dipatuhi setiap masa.